Satu lagi lawatan bagi memperoleh maklumat dan pengalaman dalam penubuhan tahfiz banat telah dilakukan dengan melawat Madrasah Tahfiz Al-Quran Khaulah Al-Azwardi, Benut.
Setibanya di sana, kami telah disambut dan diberi penerangan oleh Ustazah Nafsiah, Pengasas tahfiz dan pembantunya.
Menurut Ustazah Nafsiah, beliau memulakan madrasah dengan mengajar seramai 2 orang pelajar iaitu anaknya sendiri dan anak jirannya pada tahun 2016, dan kemudiannya bertambah sedikit demi sedikit hingga kini. Jumlah pelajar terkini seramai 23 orang, seorang mudirah dan tiga orang hafizah.
Ustazah Nafsiah juga menerangkan serba sedikit tentang:
i. Selok-belok pengurusan madrasah
ii. Pembelajaran dan pengajaran di madrasah
Tarikh: 7 Mac 2025, Jumaat
Masa: 11.14 – 1.30 petang
Tempat: PAD 8, Kampung Parit Archong, Benut, 82200, Pontian, Johor.
Lawatan ke Madrasah Tahfiz Al-Quran Khaulah Al-Azwar
17
MAC 2025




tahfizjawahirbanat@gmail.com
+6017-4404034
© 2025 Maahad Tahfiz Jawahir Lil Banat. All rights reserved.
Jalan Parit Latif 1,
Kampung Sungai Dulang Laut, Rengit,
Johor.



