Dengan asas Al-Quran sebagai panduan kehidupan, Kumpulan Pendidikan Tahfiz Jawahir (KPTJ) telah menawarkan pengajian untuk melahirkan generasi celik dan menghayati Al-Quran serta huffaz professional dari peringkat pra-sekolah hingga ke peringkat tinggi dengan membina cawangan pengajian berikut:
Pra-Tahfiz Jawahir Lil Aulad
Madrasah Tahfiz Rendah Al-Quran Jawahir Al-Ulum (rendah)
Maahad Tahfiz Al-Jawahir (menengah)
Maahad Tahfiz Tulen Jawahir Al-Ulum
Maahad Tahfiz Syahadah Al-Jawahir
Institut Tahfiz Kemahiran Jawahir
KPTJ telah memulakan penubuhan madrasah tahfiz sejak awal tahun 2009 di mana tapak pertamanya adalah tanah wakaf beralamat No.8, Jalan Parit Jabar, Senggarang. Ini diikuti dengan pembinaan madrasah tahfiz di Parit Lapis, Sungai Lurus dengan melibatkan masyarakat setempat. Kemudian beberapa lagi madrasah tahfiz dibina bagi memenuhi pengajaran tahfiz di pelbagai peringkat umur.
Bagaimanapun, hampir kesemua cawangan Jawahir adalah untuk banin dan belum mempunyai cawangan khas buat BANAT. Dengan sebab itu dan jugak menyedari ramai huffaz adalah muslimin, KPTJ telah mencadangkan pembinaan pengajian tahfiz untuk banat. Cadangan pembinaan tahfiz muslimat, MAAHAD TAHFIZ JAWAHIR LIL BANAT (bertempat di Rengit) telah dicetuskan oleh KPTJ hampir TUJUH tahun dulu. Pembinaan yang telah dimulakan sejak 2018, terhenti ketika COVID melanda dan dimulakan semula pada 2023. Setakat ini, Surau (tempat pengajian Al-Quran) telah siap dibina dan SATU Blok Asrama (tempat tinggal pelajar) sedang dalam binaan.
Latarbelakang
tahfizjawahirbanat@gmail.com
+6017-4404034
© 2025 Maahad Tahfiz Jawahir Lil Banat. All rights reserved.
Jalan Parit Latif 1,
Kampung Sungai Dulang Laut, Rengit,
Johor.



